https://www.youtube.com/watch?v=QwY1O9fd6fU
Friday, 23 September 2016
FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN MELAKA
Kelemahan Pemimpin
1) Kematian Tun Perak
Selepas kematian Tun Perak, jawatan Bendahara telah diambil alih
oleh Tun Mutahir yang berketurunan India Muslim
2) Kelemahan Pentadbiran Tun Mutahir
-Bersikap pilih kasih sehingga timbul perasaan iri hati
-Difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan
-Dijatuhkan hukuman bunuh oleh sultan
3) Kelalaian Pemerintahan Sultan Mahmud
-Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah
-Melantik Tun Pepatih Putih yang uzur dan tepok sebagai Bendahara
-Amalan rasuah dan fitnah berleluasa
-Kadar Cukai yang tinggi
Kelemahan Askar Melaka
-Askar Portugis lebih terlatih
-Askar Portugis mendapat sokongan dari pangkalan Tentera di Goa,
India
-Angkatan Perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap
-Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri
-Senjata Portugis yang lebih moden dan lengkap
Kedatangan portugis
- Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah
kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira
- Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira
menghantar salah seorang nakhodanya mendarat dengan membawa warkah dan hadiah
dari Raja Portugis kepada Sultan
- Pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang
nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang
membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan
terpaksa berlayar meninggalkan mereka
- Apabila Alfonso D’ Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda
Portugis di Timur mendapat berita tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah
mempersiapkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan
1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India
Malabar, lalu menuju ke Melaka.
- Angkatan D’ Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai
1511 dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru
- Akhirnya Melaka ditawan secara rasminya pada 24 Ogos 1511 dan
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri ke Kampar dan Mangkat di sana.
Masalah perpaduan
Persaingan antara orang Melayu Muslim dengan orang India Muslim
dalam mendapatkan pengaruh
Perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun
Mutahir
Raja Mendeliar menuduh Tun Mutahir ingin mengatasi kekayaan sultan
KEJATUHAN MELAKA
1488
- Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai
kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.
- Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka,
telah tua.
- Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan
Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih.
- Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi
beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat
Shah mangkat pada usia yang masih muda.
- Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih
kanak-kanak.
- Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah
empayar luar negeri.
1509
- Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari
Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka.
- Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba
di Asia Tenggara dan digelar “Benggali Putih” oleh orang tempatan.
- Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di
Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan
faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis
dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya
ditahan.
10 Ogos 1511
- sebuah armada laut Portugis yang besar dari India
diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke
Melaka.
- Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas
Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud
Shah.
- Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya
menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.
- Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di
pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan
daripada negera China.
Kemudiannya, Sultan
Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat
dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang
terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti
dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau
masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu
dan berkali-kali menyerang Melaka.
1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A
Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
1526
- pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal
yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota
Bentan.
- Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera
tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor
sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada
abad ke-18 dan ke-19.
- Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku
Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka
dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak
KEGEMILANGAN MELAKA
Perluasan kuasa
bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasa dan
pengaruhnya ke jajahan
lain untuk membentuk sebuah empayar
Melalui perl;uasan
kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur dan maju
kerana dapat menguasai
hasil ekonomi dari jajahan yang ditaklukinya.
Cara-cara Perluasan
kuasa
- Perluasan Kuasa Melalui Peperangan
- Kerajaan Melayu Melaka mula menjalankan dasar perluasan
kuasa pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
- Bendahara Tun Perak adalah orang yang bertanggungjawab
menjalankan dasar perluasan kuasa kerajaan Melayu Melaka
- Kerajaan Melayu Melaka menjalankan dasar perluasan
kuasa ini dengan melancarkan serangan ke atas wilayah lain
Antara kawasan yang
ditakluki oleh Melaka ialah merangkumi Pahang, Pantai Barat
Semenanjung dari Perak
hingga ke Johor, Singapura, Kepulauan Riau Lingga,
Kampar dan sebahagian
besar Pantai Timur
- Setelah menguasai wilayah-wilayah tersebut untuk mengekalkan
kuasanya Kerajaan
- Melaka telah menyerahkan wilayah-wilayah ini kepada
pembesar-pembesar yang banyak berjasa.
- Sebagai contoh, Pahang yang ditakluki telah diserahkan
kepada Sri Bija Diraja untuk mentadbir wilayah tersebut
- Kejayaan perluasan kuasa ini disebabkan oleh
kebijaksanaan sultan mengatur stratregi serta dibantu oleh askar yang
berani dan sanggup berkorban
Perluasan Kuasa Melalui
Campur Tangan
- Melaka juga memperluaskan kuasanya melalui cara campur
tangan dalam persengketaan politik di negeri yang menjadi saingannya
- Melaka telah campur tangan politik kerajaan Pasai iaitu
dengan membantu Sultan Pasai iaitu Sultan Zainal Abidin apabila adiknya
cuba merampas kuasanya
- Melaka juga membantu Pasai untuk kali kedua apabila
Pasai berperang dengan Aru dan Aru dapat dikalahkan.
- Pasai yang berhutang budi kepada Melaka seterusnya
mengakui kekuasaan Melaka walaupun Pasai adalah setaraf dengan Melaka
Perluasan Kuasa Melalui
Perkahwinan
- Melaka juga berjaya memperluaskan kuasa dan pengaruhnya
ke wilayah-wilayah di sekitarnya dengan mengahwinkan putera-puterinya
kepada putera-putera raja wilayah sasaran
- Sebagai contoh, Sultan Melaka telah mengahwinkan
puterinya dengan kerabat diraja Pahang dan Kampar untuk mengeratkan
perhubungan di antara kedua-dua negara
- Sultan Melaka juga telah mengahwini puteri raja yang
kalah dalam peperangan iaitu Sultan Mahmud Shah telag mengahwini puteri
Sultan kelantan setelah Kelantan dapat dikalahkan
- Melalui cara ini hubungan baik dapat dipelihara
disamping dapat mengukuhkan lagi pengaruh Melaka
Perluasan Kuasa Melalui
Kerelaan
- Terdapat juga negeri-negeri yang secara rela hati
meminta perlindungan dan ingin mempertahankan Melaka
- Negeri-negeri ini mahu berlindung di bawah kekuatan
Kerajaan Melaka .Antara negeri-negeri itu ialah Jambi, Lingga,
Patani dan Kedah
- Negeri-negeri ini dikehendaki membayar ufti dan memberi
hadiah kepada Kerajaan Melaka
Peranan Pemimpin Dalam
Perluasan Kuasa
- Menjelang abad ke-15, Melaka telah muncul sebagai
sebuah empayar yang kuat di Kepulauan Melayu.
- Empayar Melaka meliputi seluruh kawasan Semenanjung
Tanah Melayu dan negeri-negeri Pantai Timur Sumatera seperti Kampar,
Siak ,Inderagiri, Rokan, Jambi, Pulau Karimun dan Kepulauan Riau Lingga
- Penguasaan Klang di sebelah barat Semenanjung Tanah
Melayu dan penguasaan Rokan dan Siak di Pantai Timur Sumatera telah
memudahkan Melaka mengawal Selat Melaka sepenuhnya
- Kejayaan Kerajaan Melayu Melaka memperluaskan kuasanya
kerana mempunyai beberapa pemimpin dalam yang berwibawa seperti Sultan
Muzaffar Shah, Sultan Mansor Shah dan Sultanb alauddin Riayat Shah dan Tun
Perak.
Kepimpinan Sultan
Muzaffar Shah (1446-1459)
- Sultan Muzaffar Shah (1446 - 1459) ialah raja Melaka
yang pertama menggunakan gelaran sultan
- Baginda telah berjaya menyelesaikan masalah perpecahan
di kalangan pembesar Melaka iaitu antara Tun Perak dan Bendahara Tun Ali,
iaitu bapa saudara baginda
- Perbalahan ini terdiri daripada orang Melayu dan India
Muslim
- Baginda berpendapat Tun Perak merupakan calon yang
lebih layak untuk menyandang jawatan Bendahara
- Untuk menyatukan kedua-dua belah pihak yang berpecah,
baginda memujuk Tun Ali supaya meletakkan jawatan sebagai Bendahara
- Sebagai balasan baginda berkorban menceraikan
permaisurinya Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Tun Ali
- Langkah ini ternyata dapat mengeratkan hubungan
kedua-dua pihak kerana Tun Kudu adalah kakak kepada Bendahara Tun Perak.
- Sultan Muzaffar Shah juga bijak bertindak ketika
menghadapi serangan Siam iaitu dengan menghantar Tun Perak untuk
mematahkan serangan tersebut dan strategi baginda
- Baginda juga mengadakan hubungan diplomatik dengan
China yang menyebabkan kedudukan Melaka bertambah kuat dan diiktiraf oleh
negara China dan negara lain
Kepimpinan Sultan Mansor
Shah (1459 - 1477)
- Semasa pemerinthan baginda, Melaka telah mencapai Zaman
kegemilangannya
- Pada zaman pemerintahan baginda, lahir beberapa
pahlawan agung Melaka seperti hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang
Lekiu dan Hang Kasturi
- Kerajaan Melayu Melaka juga berjaya melaksanakan penaklukan dengan jayanya dan antaranya:a.Bernam dan Perak (Semenanjung Tanah Melayu)b.Siak (Pantai timur Sumatera)
- Sultan Mansor Shah juga mengagalkan usaha Kampar,
Inderagiri dan Pahang untuk membebaskan diri daripada kekuasaan Melaka.
- Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488)
- Baginda adalah seorang pemimpin yang memetingkan
keamanan dan pentadbiran negara
- Kepimpinan baginda mencontohi pemimpin Islam Khalifah
Umar al-Khatab.
- Dalam buku Sejarah Melayu baginda digambarkan sebagai
seorang raja yang gagah.
- Baginda sangguip keluar menyamar pada waktu malam untuk
meronda dan melihat sendiri keadaan dalam negerinya.
- Tindakan baginda menyebabkan Temenggung mengadakan
kawalan keselamatanyang lebih ketat dan rapi di Melaka
- Tindakan ini menyebabkan ramai pencuri ditangkap dan
dibunuh.
- Masalah jenayah di Melaka dapat ditangasni dan Melaka
kembali aman
- Keamanan dalam negeri telah membolehkan beginda
menumpukan perhatian kepada perluasan kuasa
- Baginda telah memilih Laksamana Hang Tuah yang gagah
berani untuk menyerang Aru dan telah memperoleh kemenangan
Kepimpinan Tun Perak
- Selain sultan-sultan yang berwibawa, kerajaan Melayu
Melaka juga mempunyai pembesar-pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir
negara
- Tun Perak adalah Bendahara Melaka yang termasyhur .
Pada zaman Bendahara Tun Perak, Melaka telah meluaskan wilayahnya hingga
menjadi sebuah empayar sehingga beliau digelar Pembina Empayar
- Beliau digelar 'Pelantik Raja' kerana mempunyai
pengaruh besar ke atas perlantikan Sultan selepas kemangkatan Raja Seri
Maharaja
- Sebelum dilantik sebagai Bendahara Melaka Tun Perak
memegang jawatan Penghulu di Klang
- Tun Perak telah berjaya mematahkan dua serangan Siam
iaitu pada tahun 1445 dan 1456
KESULTANAN MELAYU MELAKA
- Tema
ini mengisahkan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah
kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15 hingga awal
abad ke-16.
- Pada
zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi
budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini.
- Kegemilangan
dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya
menguasai Melaka.
- Kejatuhan
Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka
berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan
hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka.
Sebagai latar belakang kepada Kesultanan Melayu
Melaka, kami akan cuba menyentuh beberapa perkara berkaitan kegemilangan Negeri
Melaka antaranya:
- Kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka dari sudut politik
- Kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka dari sudut ekonomi
- Kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka dari sudt pendidikan
PENGAJARAN
- Sejarah awal negara memperlihatkan kehidupan masyarakat zaman awal dan perkembangannya.
- Manusia atau sesuatu tamadun manusia itu berkembang mengikut peredaran masa dan zaman.
- Sesebuah negara atau bangsa itu perlu mempertahankan identiti sendiri, walaupun masa dan persekitaran sentiasa berubah.
- Penjajahan memberikan banyak kesan negatif kepada negara akan menyebabkan negara itu dijajah.
- Sesuatu bangsa itu perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar minda mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah asing.
- Ilmu penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa.
- Peristiwa penjajahan di Tanah Melayu memperlihatkan perlunya rakyat pada waktu itu mempunyai ilmu yang tinggi,terbuka minda,taat setia,bersatu padu dan patuh kepada undang-undang negara.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, adalah penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka untuk memahami dan menghayati tentang kewujudkan tentang kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Melalui pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri - negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan tersendiri.
Generasi kini makin lupa betapa pentingnya pengetahuan yang ditinggalkan kepada kita sejak dari zaman sejarah kegemilangan Melaka. Memandangkan subjek sejarah merupakan subjek yang wajib lulus, para pelajar hanya mempelajari hanya untuk lulus dan tidak memahami dengan lebih mendalam.
Oleh itu, generasi muda haruslah menghayati dan menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.
RUJUKAN
- buku teks pengajian Malaysia, Edisi ke-5, Mardiana Nordin, Hasnah Husain
- https://ms.wikipedia.org/wiki/kesultanah_Melayu_Melaka
- https://www.youtube.com/watch?v+gtKXBtoN5Gk
- kejatuhan melaka blogspot.com/.../Faktor-faktor kejatuhan _melaka
- Buku teks tingkatan 1
Subscribe to:
Posts (Atom)