1488
- Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai
kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.
- Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka,
telah tua.
- Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan
Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih.
- Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi
beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat
Shah mangkat pada usia yang masih muda.
- Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih
kanak-kanak.
- Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah
empayar luar negeri.
1509
- Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari
Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka.
- Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba
di Asia Tenggara dan digelar “Benggali Putih” oleh orang tempatan.
- Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di
Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan
faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis
dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya
ditahan.
10 Ogos 1511
- sebuah armada laut Portugis yang besar dari India
diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke
Melaka.
- Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas
Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud
Shah.
- Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya
menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.
- Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di
pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan
daripada negera China.
Kemudiannya, Sultan
Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat
dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang
terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti
dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau
masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu
dan berkali-kali menyerang Melaka.
1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A
Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
1526
- pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal
yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota
Bentan.
- Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera
tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor
sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada
abad ke-18 dan ke-19.
- Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku
Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka
dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak
No comments:
Post a Comment