Friday 23 September 2016

VIDEO KEJATUHAN DAN KEGEMILANGAN MELAKA



https://www.youtube.com/watch?v=QwY1O9fd6fU

KEJATUHAN MELAKA


https://www.youtube.com/watch?v=YwXzcLaUkzg

Zaman Kesultanan Melayu Melaka

FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN MELAKA



Kelemahan Pemimpin
1) Kematian Tun Perak
Selepas kematian Tun Perak, jawatan Bendahara telah diambil alih oleh Tun Mutahir yang berketurunan India Muslim
2) Kelemahan Pentadbiran Tun Mutahir
-Bersikap pilih kasih sehingga timbul perasaan iri hati
-Difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan
-Dijatuhkan hukuman bunuh oleh sultan
3) Kelalaian Pemerintahan Sultan Mahmud
-Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah
-Melantik Tun Pepatih Putih yang uzur dan tepok sebagai Bendahara
-Amalan rasuah dan fitnah berleluasa
-Kadar Cukai yang tinggi


Kelemahan Askar Melaka
-Askar Portugis lebih terlatih
-Askar Portugis mendapat sokongan dari pangkalan Tentera di Goa, India
-Angkatan Perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap
-Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri
-Senjata Portugis yang lebih moden dan lengkap


Kedatangan portugis
- Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira
- Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira menghantar salah seorang nakhodanya mendarat dengan membawa warkah dan hadiah dari Raja Portugis kepada Sultan
- Pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka
- Apabila Alfonso D’ Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur mendapat berita tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah mempersiapkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan 1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India Malabar, lalu menuju ke Melaka.
- Angkatan D’ Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511 dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru
- Akhirnya Melaka ditawan secara rasminya pada 24 Ogos 1511 dan Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri ke Kampar dan Mangkat di sana.


Masalah perpaduan
Persaingan antara orang Melayu Muslim dengan orang India Muslim dalam mendapatkan pengaruh
Perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir

Raja Mendeliar menuduh Tun Mutahir ingin mengatasi kekayaan sultan


KEJATUHAN MELAKA

1488
  • Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.
  • Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. 
  • Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. 
  • Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. 
  • Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. 
  • Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.


1509
  • Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka.
  •  Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar “Benggali Putih” oleh orang tempatan. 
  • Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.


10 Ogos 1511
  • sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. 
  • Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. 
  • Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.
  • Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.


Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka.

1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

1526

  •  pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. 
  • Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. 
  • Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak

KEGEMILANGAN MELAKA



Perluasan Kuasa


Perluasan kuasa bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasa dan
pengaruhnya ke jajahan lain untuk membentuk sebuah empayar
Melalui perl;uasan kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur dan maju
kerana dapat menguasai hasil ekonomi dari jajahan yang ditaklukinya.



Cara-cara Perluasan kuasa

  • Perluasan Kuasa Melalui Peperangan
  • Kerajaan Melayu Melaka mula menjalankan dasar perluasan kuasa pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
  • Bendahara Tun Perak adalah orang yang bertanggungjawab menjalankan dasar perluasan kuasa kerajaan Melayu Melaka
  • Kerajaan Melayu Melaka menjalankan dasar perluasan kuasa ini dengan melancarkan serangan ke atas wilayah lain
Antara kawasan yang ditakluki oleh Melaka ialah merangkumi Pahang, Pantai Barat
Semenanjung dari Perak hingga ke Johor, Singapura, Kepulauan Riau Lingga,
Kampar dan sebahagian besar Pantai Timur

  • Setelah menguasai wilayah-wilayah tersebut untuk mengekalkan kuasanya Kerajaan
  • Melaka telah menyerahkan wilayah-wilayah ini kepada pembesar-pembesar yang banyak berjasa.
  • Sebagai contoh, Pahang yang ditakluki telah diserahkan kepada Sri Bija Diraja untuk mentadbir wilayah tersebut
  • Kejayaan perluasan kuasa ini disebabkan oleh kebijaksanaan sultan mengatur stratregi serta dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban

Perluasan Kuasa Melalui Campur Tangan

  • Melaka juga memperluaskan kuasanya melalui cara campur tangan dalam persengketaan politik di negeri yang menjadi saingannya
  • Melaka telah campur tangan politik kerajaan Pasai iaitu dengan membantu Sultan Pasai iaitu Sultan Zainal Abidin apabila adiknya cuba merampas kuasanya
  • Melaka juga membantu Pasai untuk kali kedua apabila Pasai berperang dengan Aru dan Aru dapat dikalahkan.
  • Pasai yang berhutang budi kepada Melaka seterusnya mengakui kekuasaan Melaka walaupun Pasai adalah setaraf dengan Melaka

Perluasan Kuasa Melalui Perkahwinan

  • Melaka juga berjaya memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke wilayah-wilayah di sekitarnya dengan mengahwinkan putera-puterinya kepada putera-putera raja wilayah sasaran
  • Sebagai contoh, Sultan Melaka telah mengahwinkan puterinya dengan kerabat diraja Pahang dan Kampar untuk mengeratkan perhubungan di antara kedua-dua negara
  • Sultan Melaka juga telah mengahwini puteri raja yang kalah dalam peperangan iaitu Sultan Mahmud Shah telag mengahwini puteri Sultan kelantan setelah Kelantan dapat dikalahkan
  • Melalui cara ini hubungan baik dapat dipelihara disamping dapat mengukuhkan lagi pengaruh Melaka

Perluasan Kuasa Melalui Kerelaan

  • Terdapat juga negeri-negeri yang secara rela hati meminta perlindungan dan ingin mempertahankan Melaka
  • Negeri-negeri ini mahu berlindung di bawah kekuatan Kerajaan Melaka .Antara negeri-negeri itu ialah Jambi, Lingga, Patani dan Kedah
  • Negeri-negeri ini dikehendaki membayar ufti dan memberi hadiah kepada Kerajaan Melaka


Peranan Pemimpin Dalam Perluasan Kuasa

  • Menjelang abad ke-15, Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang kuat di Kepulauan Melayu. 
  • Empayar Melaka meliputi seluruh kawasan Semenanjung Tanah Melayu dan negeri-negeri Pantai Timur Sumatera seperti Kampar, Siak ,Inderagiri, Rokan, Jambi, Pulau Karimun dan Kepulauan Riau Lingga
  • Penguasaan Klang di sebelah barat Semenanjung Tanah Melayu dan penguasaan Rokan dan Siak di Pantai Timur Sumatera telah memudahkan Melaka mengawal Selat Melaka sepenuhnya
  • Kejayaan Kerajaan Melayu Melaka memperluaskan kuasanya kerana mempunyai beberapa pemimpin dalam yang berwibawa seperti Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansor Shah dan Sultanb alauddin Riayat Shah dan Tun Perak.

Kepimpinan Sultan Muzaffar Shah (1446-1459)

  • Sultan Muzaffar Shah (1446 - 1459) ialah raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran sultan
  • Baginda telah berjaya menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan pembesar Melaka iaitu antara Tun Perak dan Bendahara Tun Ali, iaitu bapa saudara baginda
  • Perbalahan ini terdiri daripada orang Melayu dan India Muslim
  • Baginda berpendapat Tun Perak merupakan calon yang lebih layak untuk menyandang jawatan Bendahara
  • Untuk menyatukan kedua-dua belah pihak yang berpecah, baginda memujuk Tun Ali supaya meletakkan jawatan sebagai Bendahara
  • Sebagai balasan baginda berkorban menceraikan permaisurinya Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Tun Ali
  • Langkah ini ternyata dapat mengeratkan hubungan kedua-dua pihak kerana Tun Kudu adalah kakak kepada Bendahara Tun Perak.
  • Sultan Muzaffar Shah juga bijak bertindak ketika menghadapi serangan Siam iaitu dengan menghantar Tun Perak untuk mematahkan serangan tersebut dan strategi baginda
  • Baginda juga mengadakan hubungan diplomatik dengan China yang menyebabkan kedudukan Melaka bertambah kuat dan diiktiraf oleh negara China dan negara lain

Kepimpinan Sultan Mansor Shah (1459 - 1477)

  • Semasa pemerinthan baginda, Melaka telah mencapai Zaman kegemilangannya
  • Pada zaman pemerintahan baginda, lahir beberapa pahlawan agung Melaka seperti hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi
  • Kerajaan Melayu Melaka juga berjaya melaksanakan penaklukan dengan jayanya dan antaranya:

    a.Bernam dan Perak (Semenanjung Tanah Melayu)
    b.Siak (Pantai timur Sumatera)
  • Sultan Mansor Shah juga mengagalkan usaha Kampar, Inderagiri dan Pahang untuk membebaskan diri daripada kekuasaan Melaka.
  • Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488)
  • Baginda adalah seorang pemimpin yang memetingkan keamanan dan pentadbiran negara
  • Kepimpinan baginda mencontohi pemimpin Islam Khalifah Umar al-Khatab. 
  • Dalam buku Sejarah Melayu baginda digambarkan sebagai seorang raja yang gagah.
  • Baginda sangguip keluar menyamar pada waktu malam untuk meronda dan melihat sendiri keadaan dalam negerinya.
  • Tindakan baginda menyebabkan Temenggung mengadakan kawalan keselamatanyang lebih ketat dan rapi di Melaka
  • Tindakan ini menyebabkan ramai pencuri ditangkap dan dibunuh. 
  • Masalah jenayah di Melaka dapat ditangasni dan Melaka kembali aman
  • Keamanan dalam negeri telah membolehkan beginda menumpukan perhatian kepada perluasan kuasa
  • Baginda telah memilih Laksamana Hang Tuah yang gagah berani untuk menyerang Aru dan telah memperoleh kemenangan

Kepimpinan Tun Perak


  • Selain sultan-sultan yang berwibawa, kerajaan Melayu Melaka juga mempunyai pembesar-pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir negara
  • Tun Perak adalah Bendahara Melaka yang termasyhur . Pada zaman Bendahara Tun Perak, Melaka telah meluaskan wilayahnya hingga menjadi sebuah empayar sehingga beliau digelar Pembina Empayar
  • Beliau digelar 'Pelantik Raja' kerana mempunyai pengaruh besar ke atas perlantikan Sultan selepas kemangkatan Raja Seri Maharaja
  • Sebelum dilantik sebagai Bendahara Melaka Tun Perak memegang jawatan Penghulu di Klang
  • Tun Perak telah berjaya mematahkan dua serangan Siam iaitu pada tahun 1445 dan 1456

KESULTANAN MELAYU MELAKA


  1. Tema ini mengisahkan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16.
  2. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini.
  3. Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka.
  4. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka.


Sebagai latar belakang kepada Kesultanan Melayu Melaka, kami akan cuba menyentuh beberapa perkara berkaitan kegemilangan Negeri Melaka antaranya:

  • Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari sudut politik
  • Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari sudut ekonomi
  • Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari sudt pendidikan


PENGAJARAN


  • Sejarah awal negara memperlihatkan kehidupan masyarakat zaman awal dan perkembangannya.
  • Manusia atau sesuatu tamadun manusia itu berkembang mengikut peredaran masa dan zaman.
  • Sesebuah negara atau bangsa itu perlu mempertahankan identiti sendiri, walaupun masa dan persekitaran sentiasa berubah.
  • Penjajahan memberikan banyak kesan negatif kepada negara akan menyebabkan negara itu dijajah.
  • Sesuatu bangsa itu perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar minda mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah asing.
  • Ilmu penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa.
  • Peristiwa penjajahan di Tanah Melayu memperlihatkan perlunya rakyat pada waktu itu mempunyai ilmu yang tinggi,terbuka minda,taat setia,bersatu padu dan patuh kepada  undang-undang negara.

KESIMPULAN

       Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, adalah penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka untuk memahami dan menghayati tentang kewujudkan tentang kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Melalui pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri - negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan tersendiri.

              Generasi kini makin lupa betapa pentingnya pengetahuan yang ditinggalkan kepada kita sejak dari zaman sejarah kegemilangan Melaka. Memandangkan subjek sejarah merupakan subjek yang wajib lulus, para pelajar hanya mempelajari hanya untuk lulus dan tidak memahami dengan lebih mendalam.
Oleh itu, generasi  muda haruslah menghayati dan menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.


RUJUKAN



  • buku teks pengajian Malaysia, Edisi ke-5, Mardiana Nordin, Hasnah Husain
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/kesultanah_Melayu_Melaka
  • https://www.youtube.com/watch?v+gtKXBtoN5Gk
  • kejatuhan melaka blogspot.com/.../Faktor-faktor kejatuhan _melaka
  • Buku teks tingkatan 1